Tuesday, May 20, 2014

Petua Meredakan Demam Anak (Perkongsian dari FB)








Anak demam memang merunsingkan... xsenang duduk dibuatnya. lagi pulak kalau xnak makan.... adoiii remuk hati mummy :(

Hari ini saya nak kongsi sedikit artikel berkenaan demam yang saya dapat dari facebook.....

Berikut disertakan petua bagi meredakan demam anak- anak:

1. Pastikan anak betul- betul demam

Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Carauntuk melakukan sponging ;

1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.

3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.

Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.

Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.

Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.

HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA

Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL

Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.

Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.

4. Galakkan anak minum air dengan banyak

Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.

Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.

Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah

Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.

Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.

Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.

6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar

Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.

7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.

Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.

Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen

Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.

Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).


Sumber: Facebook Anak-anak Comel


****sekiranya anak tidak aktif sebaiknya bawaklah segera ke hospital untuk rawatan lanjut




Produk Shaklee yang terbaik utk boost imune system dan diambil hanya apabila tidak sihat atau demam ialah NUTRIFERON



Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah:-

1.  Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
    
 Jadi dapat membantu:-
     a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang.

     b. Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit 
          melebihi seminggu
     c. Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan

2.  Bantu lawan kanser dan tumor otak
Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan 
immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

3.  Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
Polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi 
dijalankan.

4.  Melindungi dari Influenza, Selesema
Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, 
berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza

     
Jadi nutriferon sangat bagus untuk:-
     a. Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca 
          tidak menentu, jerebu dll
     b. Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai 
         @ melancong, berada di luar negara dll

7.  Meringankan stress dan Kelesuan
Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan, 
stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk

8.  Melambatkan penuaan

Formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda

9.  Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C
Keberkesanan kebaiakn nutriferon shakleedalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll

10. Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
Gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon.

12. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin  seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.

13. Bantu dalam pemulihan penyakit;-
       a. Lepromatus (kusta), 
       b. Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan 
           organisma yang dikenali sebagai protozoa) & 
       c. Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit).





xoxo!
hubungi saya untuk maklumat lanjut
Siti Hajjar Abdool Shukor
a.k.a
Jaja Gary
SID : 1136007

1. Call/SMS/WhatsApp/LINE

0162441104


2. Emel


jajagary@yahoo.com


3. Facebook Account
Jaja Gary


4. Facebook Page
Intai Lemari

Friday, May 16, 2014

Cara Natural Saya Atasi Selsema Anak2

hari ini saya nak kongsi sikit berkenaan selsema.

budak2 biasalah kena selsema tapi yang tak tahan tu.... si kecik kalau selsema bukan reti nak hembus hingus tu kan. pastu melalak2 stress... ughhhh kesian tapi geram jugak kadang2 tu hahahaha

apa saya buat biasanya pakai seawater spray tu untuk tolong cairkan mukus dan bantu keluarkan hingus tu. pastu kalau tersumbat sama ada pakai air panas suruh dia sedut steam tu (untuk si kecik ini adalah sgt mencabar... sekian).

dulu saya ada buat garlic oil, bakar bawang putih campur minyak masak pastu sapu kat dada n tapak kaki... elok gak, tapi makan hari gak la nk baiknya...

tapi yang saya nak kongsikan hari ini bukan itu.... SAYA TELAH MENJUMPAI 1 PETUA YANG SANGAT2 BERKESAN UNTUK MENGATASI SELSEMA ANAK2 SAYA!!!!!

haaa.... nampak x semangat di situ? hahhahahaha sebab.... BUAT SEKALI JE DA KERING SELSEMA ITU!!!! hebat kan????

RAHSIANYA IALAH............................................................................................................


JENG JENG JENG!!!!




Ambil bawang putih seketul, ketuk skit kasi pecah.. taruk kat tapak kaki anak masa tido dan biarkan semalaman. saya taruk dlm stokin dia. saya alas ngan kain kasa antara tapak kaki dan bawang putih itu.

macam magik esoknya terus ilang selsema!




lepas tu kasi la makan Vitamin C byk2... saya bagi Shaklee Chewable Vita C.

so... lepas nie kalau anak2 selsema boleh la cuba petua ini k :) adult pun boleh jugak tau



xoxo!
hubungi saya untuk maklumat lanjut
Siti Hajjar Abdool Shukor
a.k.a
Jaja Gary
SID : 1136007


1. Call/SMS/WhatsApp/LINE

0162441104


2. Emel


jajagary@yahoo.com


3. Facebook Account
Jaja Gary


4. Facebook Page
Intai Lemari

BAKAR --->>> BUANG --->>> BINA

LECITHIN / OMEGA --->>ALFALFA/HERBLAX-->>> ESP / CINCH SHAKE

BAKAR --->>> BUANG --->>> BINA

======================
Ramai juga yang bertanya ingin membeli LECITHIN sebab nak kurus namun saya syorkan kalau betul2 nak kurus ada 3 jenis supplement asas yg diperlukan.. 

Langkah PERTAMA : Membersihkan Usus (DETOX)
----------------------------------------------------------
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah HERB-LAX atau ALFALFA. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa, dan Herblax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herblax pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak.

Langkah KEDUA : Memecahkan Lemak (BAKAR LEMAK)
---------------------------------------------------------------
Proses memecahkan LEMAK boleh dilakukan dgn mengambil LECITHIN atau OMEGA. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua supplement yg anda ambil bertujuan utk kurus, semestinya anda juga haruslah menjaga pemakanan seharian anda. Kawal dan jgn makan sesuka hati. Rajin bersenam , kurangkan mkanan berlemak dan minum AIR KOSONG sekurang2nya 3 Litre satu hari.

Langkah KETIGA : Membina Otot dgn PROTEIN
-----------------------------------------------------
Bagi anda yg sedang dlm proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dlm setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada CINCH SHAKE atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).

Kenapa perlu mengambil protein? Apabila lemak diuraikan drpd badan, otot diperlukan utk menggantikan ruangan yg kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.
  


Kalau nak budget sekurang2 nya saya syorkan ambil Lecithin dgn Herblax atau Alfalfa. Kenapa penting sangat untuk ambil herblax @ alfalfa? Kerana Lecithin dah tolong bakar tapi kalau bakar je tak buang caner lak kan????? 

Salah satu testimoni dari kawan/customer saya adalah seperti berikut :

"baguslah lecithin nie jaja, aku makan ngan herblax mcm ko ckp tu, 1st few days hari2 adalah 4x aku membuang siap nampak minyak2 keluar kau!!!! tapi sikit pun tak sakit perut eh? takde plak rasa memulas ke ape... now sekali sehari je membuang berminyak tu... makna minyak2 lemak lama da abis dibuang la kan? tinggal lemak yg makan hari2 je..."


Alhamdulillah... seronok dengar :)



mahu cuba x? 

tak mahal pun 2 supplement nie...

Lecithin ( 180 biji ) RM52.50
Herblax ( 120 biji ) RM52.50


xoxo!
hubungi saya untuk maklumat lanjut
Siti Hajjar Abdool Shukor
a.k.a
Jaja Gary
SID : 1136007


1. Call/SMS/WhatsApp/LINE

0162441104


2. Emel


jajagary@yahoo.com


3. Facebook Account
Jaja Gary


4. Facebook Page
Intai Lemari



Wednesday, May 14, 2014

Petua : Hilangkan Batuk




1. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.





2. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

3. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

4. Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.

5. Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.

6. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

7. Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

                                               


8. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.

9. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

10. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

11. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

12. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

13. Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

14. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

15. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

16. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

****Jika batuk ataupun kahak tidak hilang juga setelah melakukan cara2 di atas, silalah pergi berjumpa doktor untuk rawatan susulan.


xoxo!
hubungi saya untuk maklumat lanjut
Siti Hajjar Abdool Shukor
a.k.a
Jaja Gary
SID : 1136007


1. Call/SMS/WhatsApp/LINE

0162441104


2. Emel


jajagary@yahoo.com


3. Facebook Account
Jaja Gary


4. Facebook Page
Intai Lemari

Kenali Evening Primrose Oil

Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Habitat bagi tumbuhan ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia tumbuh di tepi-tepi jalan, tebing landasan, tanah terbuka yang kering, padang rumput dan padang lama. Pokok primrose biasanya hidup selama dua tahun dan tumbuh dengan sendiri.

Primrose mudah hidup di tanah yang disaliri air selain memerlukan sinaran matahari yang banyak untuk hidup. Tumbuhan tersebut agak tinggi iaitu kira-kira 4 hingga 5 kaki. Batang pokok ini sentiasa berdiri tegak, bersaiz gempal, berbulu lembut, kemerahan dan bercabang.

Saiz daunnya pula adalah sebesar 3 hingga 6 inci manakala permukaannya yang kasar dan berbulu mengeluarkan bau limau. Akar tunjang primrose biasanya panjang, bergentian, kekuningan di bahagian luar dan keputihan di tengah-tengah.

Bunganya pula mempunyai duri setinggi 21/2 inci di bahagian cabang, berwarna kuning dan mempunyai empat kelopak. Kelopak bunga primrose akan mekar pada sebelah malam dan kuncup pada sebelah siang. Bunga tersebut yang mengeluarkan bauan yang wangi seperti haruman manis yang sering menarik rama-rama melakukan pendebungaan.

Daun pokok primrose boleh direbus dan dimakan seperti sayur manakala akarnya pula mengeluarkan air manis yang enak seperti kentang apabila direbus. Sementara itu, bunga primrose pula boleh dijadikan manisan tambahan untuk salad manakala lenggainya boleh dikukus. Selain akarnya yang mempunyai pelbagai khasiat, teh yang diperbuat daripada akar primrose pula digunakan untuk merawat masalah kegemukan. Bagi wanita yang ingin kulit muka kelihatan merah dan cantik, serbuk yang diadun daripada batang berbunga primrose dapat memenuhi impian tersebut. Bagaimanapun, serbuk tersebut hanya boleh diperoleh di pasaran sebagai salah satu daripada produk kosmetik.  Evening Primrose Oil adalah minyak yang diekstrak dari bijian tumbuhan Evening Primrose (Oenothera biennis) yang berasal dari benua Amerika Utara serta tumbuh sekitar Eropah dan hemisfera selatan. Minyak yang terhasil daripada biji primrose dikatakan mengandungi sejenis asid lemak yang sangat berguna. Bijian dari tumbuhan ini kaya dengan asid gamma linolenik (GLA) iaitu sejenis asid lemak perlu (essential fatty acid). GLA diperlukan oleh tubuh kita untuk proses pertumbuhan dan pengembangan dan perlu diperolehi daripada pemakanan seharian.

Gamma-linolenik asid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang banyak terdapat di dalam minyak berasaskan tumbuhan. Ianya tergolong di dalam asid lepak perlu (essential fatty asid) kerana GLA tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita, jadi bekalan GLA perlu diperolehi dari pemakanan seharian kita.

Bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, Omega- memainkan peranan penting di dalam fungsi otak serta untuk proses pertumbuhan dan pengembangan tubuh kita. Juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acid (PUFAs), ia membantu meransang pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat, mengawal metabolisma badan, dan mengekalkan kesihatan sistem peranakan/pembiakkan.

Asid jenis itu dikatakan jarang dijumpai dalam mana-mana tumbuhan dan mempunyai pelbagai kegunaan utama dalam tubuh manusia. Asid tersebut yang dikenali sebagai asid GLA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Asid lemak ini dikatakan dapat mengelakkan pembekuan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid, menopaus, PMS, sklerosis dan tekanan darah tinggi.

Ia juga dikatakan memberi kesan baik terhadap hormon seks termasuk estrogen dan testosteron selain membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Penyelidikan yang dilakukan turut mengesahkan bahawa minyak primrose boleh membantu mengurangkan kesakitan dan penyakit radang.

Selain itu, minyak tersebut juga memberi kesan yang positif kepada otot uterine, sistem saraf dan metabolisme. Kulit kayu dan dedaun primrose pula amat berguna untuk merawat masalah usus, batuk dan lelah.

Kenapa GLA yang terdapat dalam EPO berbeza dengan Omega-6 yang lain?

Terdapat banyak jenis asid lemak yang tergolong dalam asid lemak Omega -6 seperti linoneik asid (LA) arachidonic asid (AA), gamma-linolenik asid (GLA) dan banyak lagi. GLA berbeza dengan Omega-6 yang lain kerana GLA berperanan mengurangkan kadar keradangan (inflamation) manakala LA dan AA menaikan kadar keradangan.
Apabila anda mengambil makanan tambahan GLA terutama daripada EPO, di dalam tubuh kita, GLA tersebut akan ditukarkan kepada bahan yang dipanggil DGLA yangberfungsi mengurangkan keradangan. Mempunyai cukup nutrient seperti magnesium, zinc, vitamin C, B3 dan B6 dalam tubuh kita membantu pertukaran GLA kepada DGLA.

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)

** Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit
Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

** Kebaikan EPO Melegakan Symptom Pra-haid (Pre Menstrual Syndrom)
Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .

** Diabetic Neuropathy
Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

** Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol
Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

** Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO

Mengurangkan radang dan sakit sendi
Melegakan sclerosis
Kanser terutama kanser payudara
Mengurangkan tekanan darah

**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.

SHAKLEE ada EPO tak? Tentu ada!



GLA COMPLEX adalah EPO terbaik dari Shaklee!

Baik untuk kesihatan wanita khasnya dan semua amnya.

Juga untuk kesuburan ---- ada cara aturan makan GLA untuk kesuburan bagi yang mahu mengandung. 

Mahu tau bagaimana??? jom!


xoxo!
hubungi saya untuk maklumat lanjut
Siti Hajjar Abdool Shukor
a.k.a
Jaja Gary
SID : 1136007


1. Call/SMS/WhatsApp/LINE

0162441104


2. Emel


jajagary@yahoo.com


3. Facebook Account
Jaja Gary


4. Facebook Page
Intai Lemari

Monday, May 12, 2014

SHAKLEE PAMPHLET



xoxo!
hubungi saya untuk maklumat lanjut
Siti Hajjar Abdool Shukor
a.k.a
Jaja Gary
SID : 1136007


1. Call/SMS/WhatsApp/LINE

0162441104


2. Emel


jajagary@yahoo.com


3. Facebook Account
Jaja Gary


4. Facebook Page
Intai Lemari

B Complex Shaklee 1 botol boleh makan 4 bulan... Apa yang tak jimatnya???

b complex shaklee



Apa itu B Complex?
Vitamin B Complex adalah vitamin larut air yang tidak disimpan dalam badan dan perlu diganti setiap hari.

Kandungan Kompenen dalam B Complexadalah:-
☑Vitamin B1 (Thiamine)
☑Vitamin B2 (Riboflavin)
☑Vitamin B3 (Niasin atau Niacinamide)
☑Vitamin B5 (Pantothenic asid)
☑Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal,atau pyridoxamine, atau pyridoxine hidroklorida)
☑Vitamin B7 (Biotin) (vitamin H)
☑Vitamin B9 (asid folik)
☑Vitamin B12 (pelbagai cobalamins;biasanya cyanocobalamin dalam vitamin tambahan)

Keistimewaan dan manfaat B Complex
Keistimewaan B Complex selain daripada lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, ianya juga dilengkapi dengan Sistem Penyerapan Boaktif Berpaten atau lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B yang mana tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu, Shaklee telah menghasilkan satu selaput asid folik yang unik yang mana menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan. Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee.

ManfaatUtama B Complex
✑Menukarkan makanan kepada tenaga yang mana membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.✑Melawan Tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf serta meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.✑Membantu Tumbesaran iaitu menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak serta membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.✑Kesihatan Rambut di mana memperbaiki masalah kulitkepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.✑Kesihatan Mata dengan mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaikimemori serta daya fokus anda.✑Mengurangkan risiko mendapat anemia kerana B Complex membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.✑Meredakan Senggugut di mana membantu melegakan masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.✑Mengurangkan risiko mendapat Perleche - Membantu mencegah kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.✑Detoksifikasi - Meredakan Alahan

Siapa yang memerlukan B Complex?
✔Mereka yang terdedah kepada sinaran matahari
✔Mereka yang terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
✔Mereka yang mempunyai sakit kencing manis, tekanan darah tinggi, migrain
✔Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan
✔Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
✔Mereka yang nak nampak cantik dan muda
✔Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
✔Wanita yang mengambil pil perancang


Cara Penyimpanan
Bahan semulajadi yang terkandung dalam suplemen semulajadi Shaklee yang menggunakan sumber tumbuhan berkualiti tinggi membuatkan sesetengah daripadanya berubah warna sekiranya terdedah kepada suhu, kelembapan bagi tempoh yang lama.◙ Simpan dibawah suhu 25˚C.
◙ Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari secara terus, haba panas dan kelembapan melampau (atas 60% humidity).
◙ Tempat terbaik untuk penyimpanan suplemen semulajadi adalah peti sejuk bagi memastikan enzim yang hadir dalam suplemen terpelihara (Selain itu, mampu mengurangkan bau yg ada pada B Complex )

Cara Penggunaan / Pemakanan
Vitamin B Complex adalah larut air dan anda boleh mengambilnya setiap hari 1 biji pada waktu pagi selepas bersarapan. Metabolisma dalam badan anda akan meningkat untuk memberikan kecergasan sepanjang hari. Ambil selepas sarapan kerana pengambilan B Complex akan meningkatkan metabolisma badan. Jika diambil sebelum makan maka jawapannya ialah nafsu makan jadi luar biasa.

Kesan Kekurangan
Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan anemia, keletihan, hilang selera makan, sakit perut, kemurungan, kebas dan berdenyut-denyut di tangan dan kaki, kekejangan otot, jangkitan pernafasan, keguguran rambut, ekzema, masalah tumbesaran kanak-kanak dan kecacatan kelahiran. Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung. Sesetengah pengamal perubatan alternatif mendakwa bahawa kekurangan dalam vitamin B melemahkan sistem imun dan membuat tubuh badan mudah terdedah kepada kanser. Mereka mengesyorkan dos yang tinggi vitamin B sebagai rawatan untuk pesakit kanser.


Kandungan 120Tab / 4 Bulan.... jimat bukan???




xoxo!
hubungi saya untuk maklumat lanjut
Siti Hajjar Abdool Shukor
a.k.a
Jaja Gary
SID : 1136007


1. Call/SMS/WhatsApp/LINE

0162441104


2. Emel


jajagary@yahoo.com


3. Facebook Account
Jaja Gary


4. Facebook Page
Intai Lemari